BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Wednesday, 20 July 2011

ALLAH MEMBENCI PENGHINAAN SESAMA MANUSIA.

Dalam Al-Quran telah menyebut :

Hai org2 yang beriman, jgnlah kaum lelaki menghina kaum laki-laki(yang lain) ,kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu,lebih baik dari kaum yang menghinakan dan jgnlah pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan (yang lain), kerana boleh jadi perempuan yang dihinakan itu lebih baik dari perempuan yang menghina.
Janganlah kamu cela-mencela sesame kamu dan jgn pula panggil memanggil dgn gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah pasik sesudah keimanan. Barang siapa yang  tidak bertaubat, maka mereka itu org yang aniaya.
Juzuk 26.Ayat 11- surah Al-Hujaraat. (Diturunkan di Madinah.)

Jelas disini Allah sgt membenci penindasan/menghinaan/ dan sifat membuka aib seseorg… jgn sesekali kita tergolong dari golongan yang sebegini. Mudah mudahan semua antara kita tiada sifat t’keji ini.
Panggil lah nama sahabatmu dgn nama yang elok yg telah diletak khas oleh ibubapanya.
SEKIAN,,

jauhi zina (persiapan bln Ramadan)

Dalam Al-Quran telah menyebut.
‘perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina hendaklah kamu dera, masing-masingnya seratus dera dan janganlah kamu kasih saying terhadap keduanya, dalam (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kpd Allah dari hari kemuadian.
Hendaklah hadir ketika menyiksa keduanya satu golongan diantara org2 mukmin’.
JUZ 18 Surah An-Nur ayat 64.

Dari ayat ini jelas sekali Allah swt membenci dan menghina golongan yang melakukan maksiat. Jgnlah sesekali para sahabat2 sekalian terjebak dgn gejala ini. Jika telah melakukan maksiat, ayuh segera bertaubat selagi pintu taubat dibuka. 

Thursday, 14 July 2011

AYAT MEMBAWA KEINSAFAN KPD KU.

“Apabila matahari digulung dan bintang berjatuhan dan apabila gunung dihancurkan dan unta yang bunting ditinggalkan tidak dipedulikan dan apabila binatang liar dikumpulkan dan lautan dijadikan meluap dan apabila roh dipertemukan dengan tubuh, bayi perempuan dikuburkan hidup-hidup ditanya kerana dosa apakah ia dibunuh, dan apabila catatan amal perbuatan manusia dibuka dan langit dilenyapkan dan apabila api neraka jahim dinyalakan dan syurga didekatkan, maka setiap jiwa akan mengetahui apa yang sudah dikerjakannya, sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang yang beredar dan terbenam demi malam apabila sudah hampir meninggalkan gelap dan demi subuh apabila fajarnya mula menyingsing, sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan mulia yang mempunyai kekuatan, kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai arsy ditaati lagi dipercayai.” (Surah at-Takwir, ayat 1-21)



“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang besar dan dasyat. Ingatlah pada hari ketika kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya. Dan gugurlah kandungan semua wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya.” (Surah al-Hajj, ayat 1-2)

KEWAJIBAN BERDAKWAH...MARI SAMA2 B'DKWAH DI FACEBOOK/BLOGGER... .

PENDAHULUAN:
setelah tamat pelajaran di UM dlm jurusan sains kemanusiaan sy mengambil keputusan utk mengambil tempat dlm kumpulan dakwah di FB, sementara menunggu sambung belajar di MESIR...
sy dgn rela hati b'dakwah,walaupun sy tahu pelbagai cabaran akn ditempuhi..
NIAT hanya dgn satu tujuan,agar MEREKA BERUBAH dan KONSEP ISLAM TCAPAI...
-tujuan hanya utk mberi kesedaran,berkongsi pengetahuan kpd semua umat islam tentang jln benar dan jln sesat.

Ayat-Ayat Yang Memerintahkan Berdakwah :

1. Firman Allah, “Demi Masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman, beramal sholeh, saling menasehati dalam kebenaran, dan saling menasehati dalam kesabaran.” (Al Ashr: 1-4)

2. Firman Allah, “Hendaklah ada di antara kamu segolonganorang yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh orang berbuat makruf dan melarang perbuatan mungkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Ali Imran: 104)

3. Firman Allah, “Orang beriman, pria dan wanita, saling menjadi pelindung satu sama lain, menganjurkan yang makruf dan melarang yang mungkar.” (At Taubah: 71)

4. Firman Allah,”Tidaklah sama Orang Ahli Kitab dengan Umat yang Lurus yang selalu membaca ayat-ayat Allah sepanjang malan dan mereka sujud kepada Allah, beriman kepada Allah dan hari Akhir, dan menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, dan cepat dalam kebaikan dan mereka itulah orang-orang yang sholeh.” (Ali Imran: 12-14)

5. Firman Allah, “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa, (yaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan shalat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan kepada Allah lah kembali segala urusan.” (Al Hajj: 40-41)

PENGALAMAN:
-pelbagai pengalaman yg PALING sy tidak dpt lupa ketika bdakwah diFB ialah dimaki hamu oleh sorg gadis, akibat sy menasihati dan memberitahunya hukuman mendedahkan aurat kpd lelaki ajnabi...

-perkara yg sering tjadi semasa proses bdakwah adalah nasihat/teguran/pengajaran/petikan hadis dan sunnah yg sy hantar di wall/gambar/komen dipadam dgn sengaja...sy tfikir adakah mereka tidak menyanyangi agama ISLAM?
SEPATUTNYA MEREKA SHARE,KPD SEMUA RKN2 SEKELIAN SUPAYA MEREKA BERUBAH DAN DAKWAH YG DIBAWA TCAPAI..

NASIHAT: 
nk pahala lebih dgn cara yg mudah,anda hanya perlu share setiap dakwah yg disampaikan,mudahan anda mendapat ganjaran dari ALLAH,..
mudah dan senang dgn teknologi yg ada pd hari ini...anda tk perlu masuk ke kg,keluar kg utk bdakwah....
DAKWAH WAJIB! TUNAIKAN KEWAJIBAN ANDA sebagai umt islaM,..
SELAMAT BERAMAL...INGAT DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN..
JGN SESAT DIDUNIA YG HANYA SEMENTARA INI....AKHIRAT ADALAH YG KEKALABADI


TANYA USTAZ-Hukum amalan seseorang yang tidak menutup aurat .

Oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka
SOALAN: Assalamualaikum, saya mengerjakan semua kewajipan agama sembahyang lima waktu, puasa sunat di bulan yang di sunatkan tetapi tidak menutup aurat (tidak bertudung) tetapi tidak pernah mendedahkan bahagian badan yang lain. Adakah segala amalan saya di terima Allah S.W.T. ?

JAWAPAN:

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.
Allah Ta’ala hanya menerima amalan hamba-Nya yang benar-benar ikhlas terhadap-Nya. Amalan yang dilakukan itu pula sekiranya merupakan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan sebagainya hendaklah menepati rukun dan syarat serta kaifiat yang telah ditetapkan oleh syariat berdasarkan ilmu yang benar dan bukan ikut-ikutan secara membuta-tuli. Ibadat yang dilakukan dengan penuh rasa kehambaan kepada Allah akan memberi kesan kepada jiwa pengamalnya sehingga melahirkan ketaatan dan akhlak yang baik seperti memelihara aurat, beradab sopan, menjauhi kemaksiatan dan sebagainya.

Rambut merupakan aurat yang WAJIB ditutup oleh wanita apabila berada di hadapan lelaki ajnabi. Oleh itu, mendedahkannya adalah berdosa dan merupakan suatu kemaksiatan yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak sekiranya dia tidak sempat bertaubat. Dia akan tetap menanggung dosa itu selagi tidak bertaubat daripada perbuatan itu walaupun dia bersembahyang lima waktu dan melakukan ibadat yang lain.
Wallahu Tabaraka Wa Ta’ala a’lam.